BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 9, 2012

EURO 12 SUDAH BERMULA~!!

Assalamualaikum semua pembaca~(ada yang baca ke?)
hari ni hati aku terbukak nak kembali aktif dalam mengUPDATE entry aku sebab,,
demam BOLA SEPAK sudah pon Bermula~!!

#kejohananEROPAHke-14!

Seperti yang kita telah Maklum Kejohanan Bola Sepak Eropah adalah kejohanan ke-2 termasyhur selepas Piala Dunia kerana kejohanan ini menjanjikan sebuah persembahan yang amat menarik daripada negara - negara yang layak bertanding. Dan kejohanan ini juga adalah kejohanan yang paling banyak menyumbangkan beberapa pemain muda yang berbakat ke pentas dunia!

UEFA European Football Championship 12 ,atau lebih dikenali sebagai Euro 2012, adalah kejohanan bola sepak eropah yang ke-14 bagi kesemua negara-negara dibawah naungan UEFA. Kejohanan pada kali ini akan dilangsungkan di POLAND dan UKRAINE pada 8 Jun hingga 1 Julai 2012. Kejohanan ini pertama kali dilangsungkan di dua buah negara ini. Bidaan ini dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada tahun 2007.
Kejohanan pusingan akhir ini menampilkan 16 negara dan ianya adalah kejohanan terakhir yang akan melakukannya kerana kejohanan akan datang(bermula 2016) akan menampilkan 24 buah negara. Sebanyak 51 buah negara telah bertanding dipusingan kelayakan yang berlangsung diantara Ogos 2010 Hingga November 2011 yang lalu bagi merebut tempat di pusingan akhir yang dilangsungkan oleh Dua buah negara penganjur bersama ini. Juara keseluruhan bagi kejohanan ini akan mendapat kelayakan secara automatik untuk Piala Dunia FIFA 2013 yang akan berlangsung di Brazil.

BERIKUT ADALAH 16 PASUKAN YANG LAYAK:


Dua pasukan yang menghuni tangga pertama dan kedua dalam setiap kumpulan akan melayakkan diri keperingkat yang seterusnya iaitu peringkat "KALAH MATI"~!

Kesemua pasukan adalah kuat kerana mereka adalah antara 16 pasukan yang terkuat di negara EROPAH~!

Pilihan Penulis untuk menjuarai Kejohanan pada kali ini adalah:

#KNVB(Oranje)

Adakah pilihan saya tepat?? sama-sama kita nantikan~!
Pilihan anda semua pula bagaimana?? 

SEKIAN WASSALAM~!!

0 comments: