BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 9, 2012

NETHERLAND VS DENMARK : 9 JUNE 2012




Denmark telah mengejutkan Pasukan Pilihan Belanda pada pertemuan pembukaan Kumpulan B Euro2012. Bertemu di Stadium Metalist, anak didik Morten Olsen telah merakamkan kemenangan tipis 1-0 atas skuad Oranje.

Skuad bimbingan Bert van Marwijk sebenarnya bermain cukup bagus pada perlawanan itu, di mana para pemain bintang mereka menampilkan skill menawan. Akan tetapi, serangan-serangan yang dilakuan Belanda tidak cukup untuk membolosi pertahanan Denmark yang cukup kemas dan berdisiplin sepanjang perlawanan.

Walaupun Denmark seringkali diserang oleh Jentera Skuad Oranje,Kubu Denmark ternyata sangat efektif untuk menafikan kesemua serangan tersebut. Terbukti, Michael Krohn-Dehli berhasil mengejutkan Belanda di pertengahan masa-pertama ketika tendangannya tidak mampu ditepis oleh Maarten Stekelenburg.

 #detikyangpalingmengejutkan.

Jaringan Michael Krohn-Dehli pada minit ke-24 ini telah melenyapkan hampir keseluruhan sorakan penyokong Oranje yang memenuhi Stadium Metalist. Pemain yang berasal daripada Kopenhagen dan bermain untuk kelab Liga Denmark iaitu Brøndby IF itu sangat bijak memperdayakan benteng pertahanan Belanda dengan gelecekan beliau yang sangat tenang dan melepaskan rembatan deras untuk menewaskan penjaga gawang Belanda iaitu Maarten Stekelenburg.

Selepas dikejutkan dengan dengan jaringan itu, Skuad kendalian Bert Van Marwijk bangkit dengan meletuskan serangan yang bertali arus, tetapi kesemuanya terus dinafikan oleh benteng pertahanan kebal pasukan Denmark

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan iaitu Damir Skomina~!

Susunan Pemain:

Belanda (4-2-3-1): Stekelenburg; Van der Wiel, Heitinga, Vlaar, Willems; De Jong, Van Bommel; Robben, Sneijder, Afellay; Van Persie
Gantian: Vorm, Krul, Mathijsen, Bouma, Boulahrouz, Schaars, Strootman, Van der Vaart, Kuyt, Huntelaar, L De Jong, Narsingh

Denmark (4-2-3-1): Andersen; Jacobsen, Agger, Kjaer, S. Poulsen; Jorgensen, Eriksen, Zimling; Rommedahl, Bendtner, Krohn-Dehli

Gantian: Lindegaard, Schmeichel, Bjelland, Okore, Wass, C Poulsen, Schone, Silberbauer, J Poulsen, Kahlenberg, Pedersen, Mikkelsen
 

 

0 comments: