BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 10, 2012


Pertemuan antara Jerman dan Portugal pagi tadi berjalan lancar sepanjang 90 minit permainan. Kedua-dua pasukan menunjukkan permainan menyerang dan menarik dengan kedua-dua pasukan dilihat berpeluang untuk menjaringkan gol.

Boleh dikatakan banyak babak yang menarik ditunjukkan sepanjang perlawanan yang diadili oleh pengadil perlawanan berasal daripada Prancis iaitu Stephane Lannoy. Pepe hampir membuka jaringan pada lewat babak pertama perlawanan, tetapi pengadil perlawanan bijak membuat keputusan kerana menafikan jaringan tersebut apabila ulang tayang juga menunjukkan bahawa rembatan Pepe yang mengenai palang tersebut hanya melantun diatas garisan gol dan tidak melepasinya.

Permainan bertambah menarik dan sangat adil. Pengadil Lannoy, yang terkenal dengan sikapnya yang suka melayangkan kad hanya mengeluarkan empat kad kuning kepada Holger Badstuber dan Jerome Boateng dari pasukan Jerman dan Fabio Coentrao dan Helder Postiga dari pihak Portugal.

Untuk pemain terbaik, Bastian Schweinsteiger telah menerima penghormatan tersebut. Konsistensi pemain Bayern Munich itu menjaga tempo permainan dan membuka peluang demi peluang hingga umpanan beliau akhirnya berjaya disudahkan oleh penyerang sensasi Mario Gomez untuk menewaskan penjaga gawang Portugal iaitu Rui Patricio.


 

Sementara pemain yang boleh dikatakan hambar adalah Luis Nani dari pasukan Portugal. Ancaman yang hadir dari pemain sayap kelab Manchester United itu hanya hadir ketika dia melepaskan tendangan jarak jauh di minit-minit akhir perlawanan,namun percubaan beliau pantas diselamatkan penjaga gawang pasukan German iaitu Manuel Neuer. Boleh saya katakan bahawa beliau hanyalah menjadi pelengkap di kawasan tengah Portugal, tanpa menunjukkan peranan maksima untuk pasukannya.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan German 1 - 0 Portugal.

0 comments: