#malaysiajuaraasiatenggara!
assalamualaikum~!
ALHAMDULILLAH~!
akhirnya KEMENANGAN berpihak kepada kita!
seluruh rakyat MALAYSIA pastinye berbangga dengan anak2 MUDA negara kita kerana telah berjaya sekali lagi untuk MEMATAHKAN EGO skuad GARUDA~!
kegembiraan yang tak terkata!
tetapi tidak dinafikan bahawa AIR MATA aku BERGUGURAN sebaik sahaja sepakan penalti yang diambil KAPTEN NEGARA iaitu BADDROL BAKHTIAR melepasi jaringan GOL~!
#wiranegara!
inilah detik2 yang paling MENGGEMBIRAKAN untuk seluruh RAKYAT MALAYSIA!
walaupon sepakannye dapat dibaca oleh penjaga gol pihak lawan iaitu KURNIA MEIGA,, tetapi mungkin kerana KEGUGUPAN beliau menghadapi KAPTEN HARIMAU,, bola itu terlepas lalu melepasi JARINGAN GOL~!
perlawanan semalam bermula dengan penguasaan skuad GARUDA apabila
Indonesia terus memberi ancaman melalui Andik Vermansyah dan Titus Bonai. Tendangan jarak jauh Andik gagal ditangkap dengan smpurna oleh Khairul Fahmi, namun "Tibo" yang mendapatkan bola muntah menendang bola tepat ke arah Khairul Fahmi.
Dua minit kemudian, giliran Patrich Wanggai yang mengancam gawang Malaysia, tetapi Fahmi berhasil menepis rembatan di dalam kotak penalti pemain dari kelab Persidafon Dafonsoro tersebut, sehingga menghasilkan tendangan penjuru.
Dan dari tendangan penjuru yang diambil oleh Oktovianus Maniani tersebut telah memberi gol untuk Indonesia yang ditanduk masuk oleh Gunawan Dwi Cahyo seawal minit ke-lima.
Malaysia mencuba keluar dari tekanan di babak awal, Pada minit ke-12 Malaysia hampir menyamakan kedudukan setelah umpanan silang Baddrol berhasil ditanduk oleh Asrarrudin Putra Omar tetapi sayang Kurnia Meiga berada dalam posisi yang tepat untuk menepis bola tersebut.
Pertandingan berjalan dengan tempo yang sangat pantas, kedua2 pasukan saling menyerang satu sama lain. Namun, Malaysia yang memburu gol penyamaan dilihat lebih menguasai posisi tengah dan beberapa kali menekan pertahanan Indonesia, tetapi kekebalan pertahanan belakang Indonesia membuat Malaysia gagal memanfaatkan peluang mereka.
Namun, akhirnya pertahanan Indonesia dapat ditembus oleh Malaysia pada minit ke-35. Bermula dengan kesilapan Dirga Lasut, crossing yang dilepaskan oleh Baddrol dapat disudahkan dengan baik oleh Asrarudin dengan tandukannya, dan merubah kedudukan menjadi 1-1.
Indonesia mencuba menekan di awal babak kedua, namun peluang emas pertama yang dimiliki oleh Malaysia pada minit ke-53 melalui serangan balik oleh Fakri Saarani yang berjaya memboloskan dari perangkap offside mencuba untuk meledakkan gol melalui sudut sukar, sayangnya Kurnia Meiga kembali dapat menyelamatkan gawangnya.
Pada minit ke-64, giliran Indonesia yang mendapatkan peluang emas untuk menjaringkan gol. Aksi individu Patrich Wanggai hampir memberi Indonesia kembali mendahului, tetapi tendangannya tersasar ke luar jaringan.
Malaysia kembali mengancam melalui bola mati, dan Kurnia Meiga dipaksa terbang untuk menepis tendangan bebas kapten Malaysia Bakhtiar Baddrol pada minit ke-84. Hingga babak kedua berakhir, kedudukan seimbang 1-1 sehingga waktu sebenar tamat.
sebaik sepakmula bagi masa tambahan,,
Indonesia sempat menjaringkan gol melalui Ferdinand Sinaga ketika babak tambahan pertama baru dua minit berlalu,tapi alhamdulillah kerana gol tersebut dibatalkan kerana Okto telahpun offside terlebih dahulu.
Pada babak tambahan kedua, Indonesia terus mengurung pertahanan Malaysia. Beberapa kali peluang melalui bola mati diperolehi Egi dan juga Titus Bonai namun kekebalan Khairul Fahmi membuat peluang tuan rumah menjadi mentah. Kedudukan 1-1 akhirnya bertahan hingga babak tambahan berakhir.
BABAK PENALTI:
akhirnya, Indonesia harus mengaku KEUNGGULAN Malaysia di babak akhir ini.
Titus Bonai, Egi dan Abdulrahman berhasil membolosi Khairul Fahmi tetapi Gunawan dan Ferdinand Sinaga gagal membolosi WIRA NEGARA kita itu! Manakala Malaysia pula,empat pemain kita iaitu, Mahali, Fandi, Fadhli Sas dan Baddrol mampu membolosi Kurnia Meiga dan hanya Fakri Saarani sahaja yang gagal!
#wiranegaradisambutmeriah!
kira-kira 1,000 penyokong berada dilapangan terbang LCCT pagi tadi bagi menyambut kepulangan WIRA2 NEGARA yang berjaya menundukkan INDONESIA dengan 4-3 melalui penentuan sepakan PENALTI.
ALHAMDULILLAH dan kita harapkan agar kejayaan ini akan berterusan.
#syrianfootballteam.
lupakan kegembiraan seketika,, dan mula fokus pada perlawanan yang akan datang,, esok pasukan olimpik kita akan berdepan dengan pasukan olimpik syria..
semoga kejayaan yang datang semalam akan berterusan sehingga ke hari esok..
cuma apa yang aku harapkan,,
ONG KIM SWEE akan merombak sedikit bahagian serangan NEGARA!
pasukan kita SANGAT SEMPURNA di bahagian MIDFIELD dan juga DEFEND, tetapi kurang di bahagian STRIKER!
apa yang menghairankan aku hari ini adalah,, bagaimanakah FAKRI SAARANI boleh dipilih untuk menyertai pasukan olimpik negara sedangkan beliau seolah2 kaku apabila memegang bola?
liaht saja dalam perlawanan semalam.. beliau mendapat tiga peluang keemasan tetapi gagal untuk menembus jaringan lawan..
bukan sahaja ketika perlawanan sebenar.. malahan ketika sepakan penalti..
apa yang dapat aku rumuskan ialah.. beliau telah banyak MENGECEWAKAN seluruh rakyat MALAYSIA~!
#ahmadfakrisaarani!
maaf jika keterlaluan,, tetapi aku terlalu berharap agar ada pemain yang lebih kuat dapat diturunkan pada perlawanan menentang SYRIA esok.. dan pemain itu bukan FAKRI SAARANI!
sampai disini sahaja karangan aku..
assalamualaikum~
0 comments:
Post a Comment